Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Melaka: Tiga lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 51 tahun, ditahan polis kerana memiliki dadah Heroin (75.6 gram) dan Syabu (2.22 gram) di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, di sini, malam semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) kira-kira jam 8 malam itu, turut menyaksikan selaras senapang angin berserta 180 butir peluru timah dirampas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, antara yang ditahan dalam serbuan itu, seorang penjawat awam yang berkhidmat selama tujuh tahun.

"Suspek dipercayaih mengedar dadah sekitar negeri ini dan risikan selama kira-kira sebulan dibuat sebelum tangkapan itu," katanya dalam sidang media di IPK, Bukit Beruang, di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 3:04 PM
FOTO Mohd Hilmie Hussin