FOTO Betty Subaryati
FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari dan Betty Subaryati
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seramai 14 bayi merdeka selamat dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, sehingga jam 11 pagi hari ini.

Pengarah HRPZ II Kota Bharu, Dr Selasawati Ghazali berkata, tujuh bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan selamat dilahirkan, sekali gus menjadikan mereka bayi sebagai generasi yang bertuah.

"Bayi pertama merdeka perempuan dilahirkan oleh Siti Atikah Hashim, 30-an di Wad Bersalin di sini, pada jam 12.36 tengah malam tadi.

Manakala di Ipoh, seramai sembilan bayi merdeka dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Kelahiran enam bayi lelaki dan tiga bayi perempuan itu disambut bermula jam 12.25 tengah malam tadi sehingga 1 tengah hari ini.

Bayi-bayi berkenaan terdiri daripada lapan milik pasangan Melayu dan seorang India.

Seorang daripada ibu bayi bertuah yang dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos itu, Nurul Izyani Ahmad, 30, berkata, kelahiran anak keduanya hari ini juga adalah hadiah ulang tahun ketiga perkahwinanya.

"Syukur anak kedua selamat dilahirkan pada jam 4.14 pagi tanpa sebarang komplikasi," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 2:04 PM