KAWASAN sekolah dinaiki air selepas hujan lebat. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Selayang: Sekolah Kebangsaan (1) Taman Selayang, di sini, dinaiki air setinggi 0.3 meter selepas hujan lebat di kawasan itu, kira-kira 9 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, tiada mangsa yang dipindahkan dalam kejadian banjir kilat itu.

"Hujan lebat sejak 6 pagi menyebabkan air naik 0.2 hingga 0.3 meter di kawasan sekolah.

"Pihak bomba bersiap sedia selepas menerima laporan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

Menurutnya, air mulai surut pada 10.30 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 2:41 PM