IHSAN laman Facebook I Love Sarawak
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Marudi: Pesawat ringan Twin Otter milik Maswing terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut, berkata kejadian dipercayai pada 3.50 petang.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan pada dua juruterbang dan empat penumpang.

Menurutnya, pesawat berkenaan yang dalam jadual penerbangan dari Miri menuju Marudi terbabas ke kiri dan berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.

"Ketika kejadian pesawat dikendalikan pembantu juruterbang namun tidak dapat dipastikan punca kejadian.

"Siasatan penuh mengenai kejadian dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 8:07 PM