PEGAWAI SPRM membawa suspek untuk memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Pengarah urusan bank tempatan bergelar Datuk adalah antara empat ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM15 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Pengarah urusan bergelar berusia 48 tahun itu ditahan di pejabatnya kira-kira 2 petang semalam untuk siasatan berhubung tender penukaran sistem bank dan penerbitan biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas enam jam tangan mewah yang setiap satu bernilai RM20,000 dan wang tunai RM30,000.

Tiga individu lain yang ditahan reman termasuk bekas pegawai bank berkenaan, pengarah dan kakitangan syarikat penerbitan buku.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 2:05 PM