BARANG peribadi klasik milik Senin yang dijaga rapi hingga kini.

Melaka: Kerjaya sebagai posmen walaupun kurang popular dalam kalangan belia sekarang, tetapi pada zaman darurat mereka menjadi penghubung utama antara keluarga berikutan kekerapan perintah berkurung dikenakan kerajaan akibat ancaman pengganas komunis.

Malah, kerjaya sebagai posmen ketika itu amat disanjung tinggi terutama mereka di kawasan luar bandar berikutan perhubungan dengan keluarga di perantauan terbatas kerana tidak ada kemudahan pengangkutan awam atau talian komunikasi.

Pesara posmen Senin Maun, 80, berkata, tugasnya sebagai penghantar surat dianggap mencabar terutama ketika berkhidmat di Pejabat Pos Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi kawasan hitam atau sarang pengganas komunis.

Menceritakan pengalamannya pesara itu memberitahu, mahu
atau tidak dia perlu menjalankan amanah menghantar surat kepada penduduk di kawasan kampung hanya dengan mengayuh basikal.

“Tugas itu dilakukan seorang diri, tidak ada peneman atau diiringi anggota pasukan keselamatan walaupun ketika itu kawasan terbabit dianggap sebagai kawasan hitam berikutan ancaman pengganas komunis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 7:44 AM