ANTARA dadah dan barangan yang dirampas. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
Fardy Bungga
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menggempur tujuh makmal dan sindiket pengedaran serta merampas dadah bernilai RM600,000 di Shah Alam, Klang dan Banting, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, hasil serbuan berkenaan polis turut menahan 14 ahli sindiket dadah berusia 17 hingga 40 tahun.

Katanya, sindiket memproses dan mengedar dadah ini dipercayai didalangi oleh kumpulan kongsi gelap.

"Polis turut menyita harta milik sindiket dianggarkan bernilai RM1 juta termasuk 13 kenderaan mewah dan lori serta barang kemas bersama wang tunai sebanyak RM30,430.

"Semua suspek ditahan reman sehingga 25 Ogos dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 1:11 PM