Aktres popular, Park Shin Hye mengakui berdebar ketika menonton filem terbaru lakonannya berjudul Tailors.

Ketika majlis sidang akhbar dan prebiu filem itu pada 10 Disember lalu, Park Shin Hye mengaku berasa loya. Komen itu buat media terpinga-pinga.

Melihat reaksi media, dia segera menjelaskan bukan tidak suka dengan filem itu, sebaliknya terlalu gemuruh sehingga terasa loya.

"Maaf, bukan niat saya buat kalian keliru. Saya terlalu berdebar sepanjang tayangan, bahkan tangan berpeluh.

"Saya tidak pernah rasa cemas seteruk ini ketika menonton mana-mana drama atau filem saya.

"Mungkin kerana watak kali ini jauh berbeza daripada apa yang pernah saya. Saya resah memikirkan reaksi penonton terhadap tranformasi ini," katanya.

Menerusi Tailors, Shin Hye memegang watak permaisuri yang dinamik namun tidak dihiraukan suaminya. Ia me­ngisahkan perjalanan hidup tukang jahit diraja ketika dinasti Joseon dan ini karya pertama yang memaparkan kisah seumpamanya di layar perak.

Selain Shin Hye, Tailors dibintangi Han Suk Kyu, Go Soo dan Yoo Yeon Suk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:01 AM