Gyuri KARA mendedahkan meskipun tidak selesa memakai kasut bertumit tinggi, dia tetap memilih kasut jenis itu bagi memenuhi fantasi peminat artis berkumpulan wanita.

Dia berkongsi perkara itu ketika menjayakan program Family's Dignity: Full House yang ke udara di saluran KBS2 pada 10 Disember lalu.

"Sebagai anggota kumpulan KARA, saya memakai kasut bertumit tinggi sepanjang masa. Dengan cara itu saya nampak lebih tinggi daripada ketinggian sebenar. Itu yang peminat mahu lihat.

"Walaupun tidak selesa saya tetap bergaya dengan cara yang peminat suka kerana tidak mahu merosakkan fantasi mereka terhadap penyanyi wanita berkumpulan.

"Dan disebabkan itu saya tidak pernah keluar tanpa kasut tumit tinggi," katanya.

Jelas Gyuri, meskipun kasut tumit tinggi boleh menyebabkan sakit belakang, dia tetap melakukannya atas dasar profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:01 AM