ANTARA suspek yang ditahan. FOTO ihsan Polis
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seramai 97 individu dipercayai anggota sindiket penipuan ‘Macau Scam’ ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen (JSJK) Bukit Aman dan Pulau Pinang di beberapa lokasi di negeri itu dalam operasi yang bermula 12 tengah hari tadi.

Tangkapan suspek berusia 30-an itu membabitkan 88 warga asing dan selebihnya warga tempatan.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani berkata, semua suspek ditahan di tiga kilang di Juru dan banglo di Prai yang dijadikan pusat operasi mereka.

"Mereka menjalankan penipuan melalui panggilan telefon dan menyamar sebagai polis sebelum memaklumkan ahli keluarga mangsa menghadapi masalah dengan bank atau undang-undang.

"Mangsa yang terpedaya akan memasukkan sejumlah wang kepada sindiket bagi mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 11:04 PM