AHMAD Zahid di Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Fungsi dan peranan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan terus menjadi penggerak utama bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi mencapai usaha itu, lebih banyak agensi kerajaan diseru menjalin kerjasama bagi menangani isu sosio ekonomi.

Beliau berkata, kerajaan sudah mencapai banyak kejayaan menerusi NBOS namun, itu bukan alasan untuk berasa selesa dengan kejayaan ini.

"Justeru, usaha membangunkan inovasi dalam negara tidak boleh dipandang remeh sebaliknya usaha itu harus dipikul oleh semua pihak," katanya pada majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru (ICBOS) di sini, hari ini.

Katanya, dalam era dunia yang sentiasa berhubung kini, tiada apa lagi yang penting selain idea yang kreatif dan kerjasama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 6:03 PM