DARI kiri, Muhammad Ariff, Muhammad Naqiuddin dan Mohamad Shuhaimi menjelaskan kerja memotong rumput hanya mengisi waktu terluang cuti semester mereka.
Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my


Serdang: “Pihak universiti tidak pernah mengabaikan kami, sebaliknya kerja sambilan sebagai pemotong rumput itu adalah atas inisiatif sendiri untuk mencari pendapatan sampingan,” kata pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Naqiuddin Afiq Hafie Hazli.

Gambar pelajar berusia 21 tahun itu bersama tiga rakannya yang membuat kerja sambilan sebagai pemotong rumput pada waktu cuti semester menjadi viral baru-baru ini sehingga mendapat pujian netizen.

Di sebalik itu, timbul versi viral yang tidak disenangi apabila ada pihak mempersoalkan peranan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni UPM untuk membantu keempat-empat pelajar berkenaan sehingga mereka perlu mencari rezeki sebagai pemotong rumput.

Muhammad Naqiuddin yang juga pelajar tahun dua Sarjana Muda Sains Perkhidmatan Makanan berkata, viral yang menyalahkan pihak HEP UPM dan seolah-olah mereka terlalu terdesak untuk hidup tidak benar.

“Dalam viral itu, ditulis kononnya kami tidak ada telefon pintar dan tidak cukup makan sehingga perlu bekerja sambilan sebagai pemotong rumput sedangkan semua itu tidak benar.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 8:34 AM