AHMAD Amri memeriksa bekas berisi diesel di Kampung Telaga Lanas. FOTO ihsan PPM
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Tumpat: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor merampas 40 bekas plastik berisi diesel bernilai RM2,040 dalam serbuan di hadapan premis tanpa nombor di Kampung Telaga Lanas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, serbuan membabitkan empat anggota Unit Risikan Marin.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pihaknya percaya 40 bekas plastik itu ditempatkan di lokasi berkenaan sebelum diseludup ke negara jiran.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat sebelum diesel terbabit dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 22 Akta Polis 1967," katanya di sini tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 5:47 PM