ZAMRI (tengah) memeriksa perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, 2 Ogos lalu. FOTO arkib NSTP
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 18 pegawai kanan polis berkuat kuasa 8 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya yang ditukarkan ke jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Asri Yusoff bakal menjadi Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat komisioner.

"Setiausaha PDRM, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd kekal dengan jawatan sama dengan memangku pangkat deputi komisioner. Manakala Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Atip/Asom, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik ditukarkan ke jawatan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat deputi komisioner.

Asmawati berkata, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/Inspektorat) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ditukarkan dengan menjadi Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Atip/Asom JSJ Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 9:46 PM