Fardy Bungga
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lelaki warga Nigeria berusia 29 tahun ditahan di Jalan Teknokrat, Cyberjaya, jam 4 pagi tadi, selepas terbabit dengan tiga kes ‘Romance Scam’ menggunakan Facebook (FB) membabitkan penipuan RM3.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang dikenali sebagai Sumalia Ohize, itu dipercayai bergerak aktif bersama seorang lagi rakannya menjalankan penipuan secara online di negara ini.

Katanya, suspek menggunakan akaun palsu FB dengan menyamar sebagai lelaki dari Amerika Syarikat dan mengaku menipu tiga wanita dari Jerman dan masing-masing seorang dari Perancis, Malta serta Kanada.

"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek turut terbabit dengan dua kes penipuan wanita tempatan bersabit laporan kes Simpang Ampat, Pulau Pinang dan Kulaijaya, Johor membabitkan kerugian RM10,000 dan RM5,000.

"Usaha mengesan rakan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 12:31 AM