DUA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my


Sabak Bernam: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Simpang Tiga Loji, kira-kira 11 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.02 malam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, kenderaan membabitkan masing-masing sebuah van, pacuan empat roda dan lori tiga tan.

"Dua lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki berusia 20 tahun parah.

"Mangsa pertama yang maut berjaya dikeluarkan dari kenderaan 11.30 malam manakala mangaa kedua 12.16 trngah malam," katanya.

Menurutnya, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).

FOTO ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 8:17 AM