Huawei memperkenalkan tablet hibrid pertama mereka di Malaysia dengan Matebook yang dilengkapi skrin TFT LCD IPS 12 inci beresolusi 2160 x 1440 piksel.

Ia diperkasa cip pemproses Intel Core M generasi ke-6 dengan reka bentuk yang hanya seberat 640 gram datang bersama papan kekunci selain ditawarkan dengan dua warna iaitu kelabu atau emas.

Papan kekuncinya pula hadir dengan warna coklat, hitam, jingga atau ‘beige’. Matebook dilengkapi sistem RAM sebanyak 4GB atau 8GB jenis LPDDR3 yang turut menggunakan sistem operasi Windows 10.

SPESIFIKASI:

HUAWEI MATEBOOK

Harga: RM3,999 (Core M3, RAM 4GB, SSD 128GB), RM5,399 (Core M5, RAM 8GB, SSD 256GB), RM6,699 (Core M7, RAM 8GB, SSD 512GB)

Model: HZ-W09 / HZ-W19 / HZ-W29

Saiz: 278.8 x 194.1 x 6.9mm

Berat: 640g

Paparan: TFT LCD IPS 12 inci 2160 x 1440

CPU: Intel Core M gen-6, dual core hingga 3.1GHz

OS: Windows 10 Home/ Windows 10 Pro

RAM: 4GB / 8GB LPDDR3

Storan SSD: 128 GB (HZW09) / 256 GB (HZ-W19) / 512 GB SSD (HZ-W29)

Rangkaian: Wi-Fi: 2.4 GHz / 5 GHz

Sambungan: Wi-Fi: 802.11 a/b/g/n/ac MIMO, Bluetooth 4.1

Kamera: 5 MP

Port: Fon kepala x 1, USB 3.0 Type-C x 1

Bateri: 4430mAh@7.6V, mampu tahan 9 jam

Harga aksesori: MatePen (RM369), MateDock (RM399), papan kekunci (RM499)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 6:29 AM