Najib melepaskan konvoi lima penunggang kapcai 'Ride To Hajj 2016' ke Makkah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi. FOTO Sairien Nafis
Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan konvoi lima penunggang kapcai 'Ride To Hajj 2016' ke Makkah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.

Konvoi diketuai bekas juara Kejohanan Malaysia Cub Prix Wazi Abdul Hamid, 45 dan turut disertai Meor Azhar Meor Raflan, 43, Napiah Mat Noor, 50, Othman Darus, 49, dan Azman Baharuddin, 52.

Kumpulan penunggang kapcai pertama dari Malaysia ke Makkah itu akan merentasi sembilan negara iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Perjalanan sejauh 13,500 kilometer itu akan mengambil masa selama 35 hingga 45 hari.

Penganjuran program itu bertujuan menggalakkan pelaksanaan Haji sambil mengembara di samping membina kekuatan dan keyakinan diri dari segi rohani dan jasmani.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 4:49 PM