SASQIA tidak mahu terlalu mudah terima sesuatu watak kerana mahu pastikan melekat di hati penonton.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Langkahnya sebagai pelakon bermula pada 2014 menerusi drama bersiri Manis. Pun begitu, jalan yang dipilih tidak semudah disangka apabila gadis ini terpaksa berdepan pelbagai dugaan.

Pun begitu, Sasqia Dahuri atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri tidak pernah kenal erti putus asa dan segala usaha kerasnya berbaloi apabila semakin mendapat tempat dalam industri apabila menyerlah menerusi watak antagonis.

“Pada awalnya, saya teragak-agak bawa watak antagonis kerana takut orang tak suka. Tak sangka pula apabila melakonkan watak gelap, kehadiran saya mula diterima dengan baik.

“Apa yang membuatkan saya semakin seronok melakonkan karakter sebegini adalah dapat bermain dengan pelbagai emosi.

“Saya bukan sahaja boleh jadi kejam tetapi dapat menggabungkan pelbagai ekspresi seperti sedih, gembira, psiko dan sebagainya,” kata Sasqia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 5:35 AM