PELANGGAN menghidu bau durian sebelum membeli.
Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Bekalan terhad, pasaran terbuka berdasarkan faktor penawaran dan permintaan dan pelanggan tidak kisah membayar harga ditetapkan antara punca durian Musang King dijual pada harga tinggi antara RM60 dan RM80 sekilogram.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mendapati penjual raja buah itu tidak bimbang menjual pada harga setinggi itu kerana ada permintaan.

Seorang penjual durian yang enggan dikenali berkata, harga Musang King memang mahal kerana durian jenis berkenaan sukar didapati pada musim panas.

“Durian ini (Musang King) sukar diperoleh kerana ia bermusim. Harga RM80 sekilogram perkara biasa kerana ramai yang mahu beli berikutan rasanya yang sedap dan berlemak,” katanyadi gerainya di Petaling Jaya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 8:10 AM