BELLEW (kiri) and Naib Presiden Kanan bagi Jualan, Boeing Asia Pasifik dan India, Dinesh Keskar (R) memegang replika model Boeing 737 Max selepas majlis tandatangan perjanjian. FOTO AFP
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini menandatangani transaksi pembelian bersama Boeing bagi membeli 50 pesawat jenis 737 MAX dianggarkan bernilai RM22.44 bilion (AS$5.5 bilion) mengikut harga semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew berkata, 25 pesawat berkenaan sudah ditempah dan syarikat turut mempunyai hak pembelian bagi 25 pesawat lagi daripada Boeing.

"Langkah ini adalah dilihat sebagai 'pengubah permainan' (game-changer) kepada MAB dengan pendekatan yang membabitkan kos lebih rendah dan berkesan.

"Pembelian pesawat 737 MAX ini membolehkan syarikat menyediakan lebih banyak destinasi kepada penumpang," katanya berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara MAB dan Boeing berhubung pembelian pesawat di sini hari ini.

Beliau berkata, penghantaran pesawat berkenaan dijangka akan bermula pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 5:45 PM