Sudah 10 suspek ditahan bagi membantu siasatan kes Datin Wong Siew Ling ditembak mati di Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com


Kuala Lumpur: Seorang lagi suspek kes tembak seorang wanita bergelar Datin di Taman OUG, Kuala Lumpur, ditahan polis di Subang Jaya, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam.

“Berdasarkan maklumat, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur berjaya mengesan lelaki itu dan menahannya di Subang Jaya.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok," katanya.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, ahli perniagaan, Datin Wong Siew Ling ditembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di sini.

Sehingga kini 10 suspek ditahan bagi membantu siasatan dengan serang disahkan sebagai penembak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 11:28 PM