Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my


Singapura: Sony melancarkan kamera Alpha 7 II iaitu kamera kerangka penuh (full frame) dengan format 5-Axis pertama di dunia pada saiz kompak yang mempunyai resolusi 24.3 megapiksel di sini, hari ini.

Kamera dengan rekaan aloi magnesium dan ergonomik ini mengesan subjek dengan pantas dan merakamnya tanpa menghasilkan gambar yang kabur.

Ciri terbabit dihasilkan dengan menambah baik 30 peratus autofokus yang mengoptimumkan penggunaan lensa.

Kesemua imej diproses menggunakan pemprosesan Bionz X dan mampu menghasilkan rakaman video HD penuh 1920 x 1080 piksel.

Ia juga boleh disambungkan ke telefon pintar menggunakan rangkaian NFC atau WiFi yang dipasang bersama kamera ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 7:30 PM