SHARIFAH membersihkan leher Mat Izam yang terlantar sejak tiga tahun lalu.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: “Mak, boleh tak adik suap sebutir nasi ke dalam mulut ayah? Tentu ayah lapar sebab hari-hari hanya minum susu,” demikian pertanyaan Mohd Izzuddin Mat Izam, 9, kepada ibunya, Sharifah Pandak Leman, 42.

Pertanyaan itu juga sering membuatkan Sharifah menitiskan air mata kerana kesedihan apabila Mohd Izzuddin mengajukan soalan berkenaan kepadanya ketika makan nasi sambil menemani bapanya yang terlantar lesu di atas katil.

Suami Sharifah, Mat Izam Awang, 42, menjadi orang kurang upaya (OKU) selepas menjalani pembedahan patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya yang menimpanya, tiga tahun lalu.

Sharifah berkata, dugaan itu sedikit sebanyak meragut kebahagiaan keluarganya dan Mohd Izzuddin adalah insan paling terkesan sehingga turut menjejaskan pelajarannya.

“Sebagai anak bongsu, Mohd Izzuddin sangat akrab dengan ayahnya dan mereka sering makan bersama sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 8:41 AM