GAMBAR hiasan.
Hazsyah Abdul Rahman

Kinabatangan: Pekerja buruh ladang warga Indonesia hilang dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Tanigang, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, mangsa Mohd Aris Tahir, 34, dikatakan berada di sungai manakala beberapa rakannya di tebing sungai berkenaan.

Rakan mangsa kemudian melihat Aris dibaham buaya sebelum hilang dari permukaan air sungai dan tidak timbul-timbul selepas itu.

Panik dengan kejadian itu, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus ladang koko sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan di lokasi kejadian.

"Kita juga sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pasukan bomba untuk operasi SAR," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 4:38 PM