JOE.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Bergelar selebriti tidak menghalang niat ‘mogul’ rap tanah air, Joe Flizzow untuk terus melangkah jauh dan menuntut ilmu.

Buktinya, Joe sempat menjalani kursus pendek dalam bidang Perniagaan Hiburan, Media dan Sukan di Universiti Harvard di Massachusetts, Boston, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, Joe yang menjadi artis pertama tanah air dipilih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menyertai kursus berkenaan turut berpeluang berkongsi dan bertukar idea dengan selebriti gred A serta nama besar dalam pelbagai industri dari seluruh dunia.

Antaranya ialah bintang filem G.I Joe dan White House Down, Channing Tatum, pemain bola keranjang NBA dari Los Angeles Clippers, Chris Paul dan Pau Gasol (San Antonio Spurs).

Joe berkata, selain berpeluang duduk sekelas dengan 67 individu penting dalam bidang masing-masing dari seluruh dunia, dia turut memperoleh pelbagai ilmu baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 7:55 AM