Laporan di laman web Harian Metro, semalam.
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


Permaisuri: Empat sekeluarga yang mencederakan ibu tunggal berusia 52 tahun dengan melumur kemaluan wanita itu dengan cili api serta dipukul menggunakan hos getah di Kampung Gong Tengah, Setiu, Ahad lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Setiu, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abubakar berkata, empat sekeluarga itu terdiri daripada seorang wanita, dua anak lelaki dan menantu perempuan.

Dalam kejadian Ahad lalu, ibu tunggal terbabit dilaporkan cedera selepas kemaluannya dilumur dengan cili api dan dipukul menggunakan hos getah oleh empat individu yang melarikannya di Kampung Gong Tengah, di sini.

Siti Rohmoh Abdullah, 52, didakwa dilarikan oleh jiran sekampungnya yang mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan suami wanita berkenaan.

Mangsa dikatakan ditendang sebelum ditarik ke dalam kenderaan jirannya itu yang ke rumahnya kira-kira 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 6:03 PM