BROWN (tiga dari kanan) dan Tan Sri Datuk Sri Vincent Tan (tiga dari kiri) bergambar sempena pembukaan cawangan 7-Eleven ke 2,000. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd (7-Eleven Malaysia) pengendali kedai serbaneka 24 jam terkemuka, membuka cawangan yang ke 2,000 hari ini di The Scott Garden, Jalan Klang Lama.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya Gary Brown berkata, selain membawa konsep baru yang diperkenalkan sejak 2013, ia juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam suasana yang lebih santai dan selesa.

“Kami sentiasa menambah baik bukan sahaja daripada sudut produk, malah menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ’n Go, bayaran bil, pembayaran atas talian melalui MOLpay, pengaktifan kad ganjaran mata jualan (POSA) dan mesin simpanan penghantaran barang, BOXiT,” katanya.

Sejak bertapak di Malaysia lebih 30 tahun lalu, kini terdapat lebih 2,000 jenis produk dijual di kedai ini termasuk minuman kegemaran ramai Slurpee serta pilihan lain seperti teh tarik, kopi, milo dan coklat panas yang dijual sekitar RM2 secawan untuk rangkaian Fresh to Go mereka.

Tambah Brown lagi mereka kini merancang membuka cawangan-cawangan baru dengan mensasarkan lokasi utama seperti di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 2:53 PM