Orang ramai melihat bangkai anak paus yang terdampar di Pantai Puteri. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Zairee Mohd Yasak
am@hmetro.com.my


Melaka: Bangkai anak paus sepanjang kira-kira dua meter ditemui terdampar di Pantai Puteri, di sini, jam 1 pagi tadi oleh seorang anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Difahamkan, anak paus itu ditemui ketika anggota sukarelawan JPAM itu bertugas di menara tinjau JPAM.

Anggota sukarelawan JPAM Mohd Ridzuan Abdullah, 61, berkata, bangkai mamalia itu ditemui rakannya yang bertugas seorang diri malam semalam.

"Pada mulanya rakan menyangka itu adalah tunggul kayu yang dihanyutkan ombak, tetapi kerana berasa pelik dengan objek dilihatnya dia melakukan pemeriksaan dan mendapati ianya adalah anak paus.

"Pemerhatian secara kasar mendapati sebahagian muncung mamalia itu sudah tiada, berdasarkan kepada kesan luka pada beberapa bahagian lain termasuk ekor anak paus itu mungkin terkena kipas kapal sebelum mati," katanya.

Berita mengenai penemuan bangkai mamalia itu juga sudah viral apabila gambarnya dimuat naik ke Facebook oleh seorang pengunjung pantai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 5:21 PM