LENGAN wanita yang cedera ditetak penyamun.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Subang Jaya: Seorang wanita cedera di lengan kiri selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian samun di Bukit Puchong, disini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 1.10 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun sedang menjual rokok di medan selera di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa kemudian didatangi dua lelaki yng berpura-pura ingin membeli rokok daripada mangsa.

Beliau berkata, salah seorang suspek kemudian mencekik leher mangsa dari arah belakang dan meragut rantai leher yang dipakai mangsa.

"Suspek mencederakan wanita berkenaan menggunakan parang panjang ketika pergelutan berlaku sebelum melarikan diri.

"Kejadian disedari orang awam yang berada ditempat kejadian yang bertindak mengejar suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya ditahan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 3:50 PM