WILLIAN antara bakat muda Chelsea yang menyerlah.
AFP

London: Chelsea memberi ganjaran buat pemain terbaik tahunan mereka iaitu pemain tengah dari Brazil, Willian dengan kontrak baharu selama empat tahun semalam, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 27 tahun yang dibawa masuk Chelsea dari kelab Russia Anzhi Makhachkala pada harga £32 juta (RM167.6 juta) dengan mengatasi pesaing London Spurs tiga tahun lalu, meluahkan kegembiraannya dapat terus bersama kelab itu.

“Saya gembira dapat menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea,” kata Willian.

“Satu impian dapat terus bersama kelab ini dan selama empat tahun berikutnya saya akan cuba membantu pasukan menjuarai lebih banyak trofi,” kata Willian yang menarik perhatian banyak kelab ketika beraksi dengan kelab Ukraine Shakhthar Donetsk yang pernah menjuarai Piala UEFA pada 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:22 AM