RANTING pokok tumbang dalam kejadian ribut di Jalan Klang Lama. FOTO Abdullah Yusof
KERETA yang rosak akibat dihempap pokok tumbang berhampiran Stesen Komuter Bank Negara. FOTO Zulfadhli Zulkifli.
POKOK tumbang menghempap gerai lemang berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Gombak. FOTO Hafiz Sohaimi
BERNAMA
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Hujan lebat dan ribut kencang melanda ibu negara mengakibatkan 10 pokok tumbang dan menghempap beberapa kereta dan rumah di beberapa lokasi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, kejadian pada 5.30 petang.

Katanya, kejadian menyebabkan pelbagai kerosakan harta benda termasuk sebuah garaj kereta runtuh menghempap empat kereta di Jalan Lenggkuk Abdullah, Bangsar.

Antara kawasan lain yang terjejas akibat pokok tumbang ialah berhampiran stesen KTM Bank Negara, Mid Valley menghala Lebuhraya Cheras, Jalan Klang Lama menghala ke Lebuhraya Persekutuan, Hotel Midah di Jalan Kampung Attap dan Desa View Towers di Taman Melawati dan Jalan Bunus menghala ke Jalan Raja Laut.

"Sehingga 6.45 petang, bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 10 laporan berkaitan kerosakan harta benda dan pokok tumbang menghadang jalan.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 9:30 PM