FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Nelayan yang tidak pulang selepas keluar ke laut pada 28 Jun lalu, selamat kembali ke Jeti Kuala Dungun, kira-kira 9 pagi ini.

Kesemua mereka itu termasuk tekong bot, Kamaruzaman Awi, 43, berjaya pulang selepas dibantu nelayan Vietnam.

Adiknya, Roslin, 38, dua sepupu mereka, M Zamri Ab Rahman, 43, dan Abdullah Ab Rahman, 25, serta seorang lagi rakan mereka juga selamat pulang.

Mereka mendakwa bot dinaikinya mengalami kerosakan bateri ketika dalam perjalanan pulang pada 1 Julai lalu.

Hanya petang semalam, mereka dapat bantuan daripada bot nelayan Vietnam sebelum berjaya menghidupkan semula enjin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailami Yaacub mengesahkan kepulangan kesemua nelayan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 2:34 PM