ANGGOTA Polis memeriksa kenderaan milik mangsa selepas kejadian di Taman OUG, Rabu lalu. FOTO arkib NSTP
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis sudah merakam keterangan 10 individu berhubung kes pembunuhan Datin Wong Siew Ling yang ditembak mati di Taman OUG, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Hanafiah Arshad berkata, suami mangsa dan ahli keluarganya adalah antara 10 individu yang sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Tumpuan siasatan bukan saja untuk menjejaki suspek utama kes berkenaan tetapi siasatan juga menjurus kepada motif pembunuhan itu sendiri.

"Berikutan itu, siasatan dijalankan meliputi semua aspek, termasuk kemungkinan ia berpunca daripada musuh atau persaingan perniagaan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut meneliti jenis perniagaan yang dijalankan oleh mangsa serta suaminya sama ada di dalam atau di luar negara termasuk di China antaranya perniagaan produk kosmetik, seramik, hartanah dan lain - lain.

Berita berkaitan:

Mati ditembak depan anak

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 1:51 AM
Skip this ad x