ALAT penggera keselamatan berbunyi menyebabkan cubaan menyamun mesin ATM gagal. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Subang: Empat suspek gagal dalam cubaan menyamun mesin juruwang automatik (ATM) di pasar raya di Putra Height, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, alat penggera keselamatan mesin berkenaan berbunyi menyebabkan suspek melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Lee Swee Meng berkata, suspek mengambil kunci pasar raya daripada pengawal keselamatan.

"Setelah mengikat pengawal keselamatan, mereka masuk menggunakan kunci sebelum cuba memecahkan dua mesin ATM.

"Cubaan mereka gagal apabila alat penggera pada mesin berkenaan berbunyi sebelum semua suspek bertindak melarikan diri kerana khuatir ditangkap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 11:51 AM