XIAOMI Redmi Note 4G

Xiaomi sudah siap membawa masuk model terbaru Redmi Note 4G yang menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 400, quad core 1.6GHz sama seperti Redmi 1S.

Datang dengan hanya satu slot kad SIM berbanding Redmi Note asal, model baru ini mengekalkan RAM 2GB dan memori dalaman sebanyak 8GB manakala skrinnya juga kekal 5.5 inci.

INFO

XIAOMI REDMI NOTE 4G

Harga: RM589

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 400, quad core 1.6GHz

RAM: 2GB

Memori: 8GB

Rangkaian: 2G, 3G, 4G

Bateri: 3100mAh

Kamera: 13MP, 5MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:02 AM