KETUA Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof (empat dari kiri) bersama pegawai menunjukkan sebaagian daripada 150 kg ganja yang dirampas. FOTO Eizairi Shamsudin
Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my


Arau: Sebanyak 150 ketulan mampat dadah dipercayai ganja seberat 150 kilogram bernilai RM360,000 ditemui dalam sebuah pikap yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Rambai, Mata Ayer, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi apabila pasukan peronda polis dimaklumkan oleh penduduk di kampung berkenaan mengenai kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah pikap Toyota Hilux berpendaftaran Thailand berlaku berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata anggota peronda polis yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian bagaimanapun tidak menemui mangsa tetapi menjumpai 150 ketulan mampat dipercayai ganja berselerakan di kawasan kemalangan.

“€œPikap berkenaan dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas di tebing belukar yang agak dalam.

“€œBerdasarkan kesan kemalangan yang ada di tempat kejadian, pemandu pikap itu cuba memandu semula kenderaan itu untuk naik semula ke jalan raya tetapi gagal menyebabkan pikap itu terbalik secara keseluruhan dan pemandu itu pula melarikan diri,”€ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau hari ini.

Beliau berkata pemandu berkenaan dipercayai sedang menghala ke laluan Jalan Kuala Perlis-Changlun ketika kemalangan itu berlaku.

“€œKetika diperiksa, didapati beberapa bahagian di pikap berkenaan seperti bampar hadapan dan tempat penyimpanan di bahagian belakang diubahsuai bagi membolehkan ketulan ganja berkenaan disimpan,”€ katanya.

Polis percaya bekalan ganja berkenaan dibawa masuk dari negara Thailand untuk pasaran tempatan dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM360,000.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 4:18 PM