Bas yang terbabit kemalangan. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my


Bagan Serai: Pemandu dan penumpang bas ekspres maut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 194.9 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Bukit Merah, 5 petang tadi.

Dalam kemalangan itu, pemandu bas yang masih belum diketahui identiti maut dalam perjalanan ke hospital, manakala penumpang bas, Ho Mei Lien, 46, berasal dari Pulau Pinang maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil berkata, bomba menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis.

"Mangsa yang parah diserahkan kepada petugas ambulan untuk dibawa ke hospital," katanya.

Difahamkan, bas ekspres itu membawa 38 penumpang dan selain seorang penumpang maut, lima daripadanya cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 8:56 PM
Skip this ad x