RENDANG nangka udang.
Kusyi Hirdan
wanita@hmetro.com.my


Rendang memang kesukaan ramai. Saya pernah mendengar mengenai rendang kacang panjang, betik dan kangkung. Ia dikaitkan dengan zaman perang dan kemiskinan waktu itu apabila amat sukar untuk mendapatkan ayam atau daging, juga atas faktor tidak berkemampuan.

Orang kampung waktu itu menggantinya dengan sayuran atau ulaman untuk dijadikan rendang. Rendang nangka dikatakan sering mengimbau memori Ramadan dan Syawal.

Ia sedap diratah begitu saja dan boleh dicampur ayam, daging, udang, ikan bilis atau udang kering mengikut pilihan sendiri.

RENDANG NANGKA UDANG

Bahannya:

• ½ kg nangka muda

• Segenggam udang hidup halus

• Sebiji santan jadikan 3 cawan

• 2 sudu kerisik

• 1 asam keping

• 3 helai daun kunyit - diracik

• Sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:

• 3 batang serai

• 1 inci halia

• 1 inci lengkuas

• 1 inci kunyit hidup

• 3 labu bawang besar

• 5 ulas bawang putih

• 15 tangkai cili kering (hendak lebih pedas boleh tambah cili padi)

Cara penyediaan:

1. Nangka dipotong kecil kemudian direbus hingga empuk. Toskan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.

4. Masukkan santan, garam, nangka dan udang.

5. Biarkan sehingga kuah pekat. Masukkan kerisik dan daun kunyit. Biarkan sehingga mengering. Sentiasa kacau supaya tidak melekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 12:54 PM