Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Lenovo Malaysia memperkenalkan telefon pintar Vibe X2 yang dikatakan telefon pintar terpantas menggunakan pemprosesan True8Core.

Telefon dengan dua slot kad SIM bersama rangkaian 4G di samping RAM sebanyak 2GB.

Vibe X2 memiliki kamera 13 megapiksel manakala kamera depannya ditetapkan dengan resolusi lima megapiksel yang dilengkapi antaramuka khas bagi peminat selfie.

Lenovo juga mendakwa penggunaan bateri pada telefon pintar ini 75 peratus lebih lama berbanding model lain sebelum ini.

Telefon yang bersaiz 5.0 inci ini dijual pada harga RM1,199.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 1:02 PM