Bagi yang sudah menonton filem Banjirao Mastani pasti dapat melihat keserasian dua heroinnya iaitu Priyanka Chopra dan Deepika Padukone.

Lakonan mantap mereka berjaya mencipta kejayaan luar biasa dengan memenangi pelbagai anugerah daripada Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta kategori teknikal.

Namun, tiada siapa mampu membaca isi hati sebenar kedua-dua pelakon itu apabila Deepika enggan membuat persembahan dengan Priyanka di pentas IFFA 2016, kelmarin.

Menurut sumber, penganjur berjumpa dua pelakon popular itu untuk berbincang mengenai persembahan mereka, tetapi malangnya Deepika tidak suka dengan cadangan itu.

Di Bollywood, Deepika memang terkenal sebagai aktres bermulut lancang manakala Priyanka pula lebih bertolak ansur.

Barangkali Deepika berasakan Priyanka sudah menjadi pesaingnya apabila kedua-duanya kini berjaya mencipta nama di Hollywood.

Jika Priyanka berjaya menerusi drama Quantico dan filem Baywatch, Deepika pula beraksi di samping hero Hollywood, Vin Diesel dalam filem XXX 3 The Return Of Xander Cage.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 5:01 AM