ANTO Pratama dipenjara 13 tahun dan 3 sebatan. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang warga Indonesia dipenjara 13 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi selepas mengaku merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dua bulan lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan tertuduh Anto Pratama, 29, menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Jun 2016.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah tidak bernombor di Kuala Krai jam 4 hingga 5 petang, 26 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 1:03 PM