ROSLI menyampaikan cenderahati kepada seorang pesara polis ketika Majlis Berbuka Puasa Anjurn IPD Dungun. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Polis sudah memanggil pengawal keselamatan sekolah dan ahli keluarga mangsa letupan mercun yang berlaku di Kampung Tok Kah, Dungun pada 16 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, keluarga mangsa dan pengawal keselamatan terbabit dipanggil memberi keterangan beberapa hari lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai mencipta sendiri mercun terbabit sebelum ia meletup dan mencederakan leher dan badannya.

"Siasatan polis di tempat kejadian turut menemui sejumlah kelongsong mercun bola dipercayai digunakan untuk menghasilkan mercun terbabit.

"Hasil rakaman percakapan dengan pengawal keselamatan sekolah berhampiran lokasi kejadian, kita percaya mangsa turut bermain mercun terbabit bersama rakannya," katanya ketika ditemui di majlis Berbuka Puasa Anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun yang turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman, hari ini.

Dalam kejadian 16 Jun lalu, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, parah di leher dan badannya akibat terkena letupan mercun yang dipasangnya pada 9.30 malam.

Mangsa kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Berita berkaitan:

Cedera di leher, badan akibat mercun

Mercun mungkin buatan sendiri

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 10:36 PM