IHSAN Bomba dan Penyelamat
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Sungai Buloh: Kilang kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia Bukit Lagang, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 9.13 malam.

Katanya, pegawai dan anggota bersama jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi.

"Kejadian membabitkan kilang kayu kelas C yang berkeluasan 10 x 15 meter persegi.

"Kebakaran menyebabkan kilang berkenaan musnah 100 peratus dan api dapat dikawal sepenuhnya pada 9.37 malam.

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dan siasatan mengenai punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 1:12 AM