FOTO fail papar anggota forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi mesin ATM yang diletupkanl. Rosley Hobden (foto kecil). FAIL Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli
am@hmetro.com.my


Penampang: Pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kes letupan dua mesin ATM di Putatan Plaza Jalan Putatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata jaga berusia 30-an itu ditahan, semalam.

“Polis minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu mengesan suspek.

"Polis masih giat menjejaki semua suspek yang terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, Rosley turut mengesahkan RM254,550 dilarikan kumpulan penjenayah itu.

Semalam, lima penjenayah bertopeng bertindak meletupkan dua mesin ATM sebelum melarikan dua peti besi mengandungi wang, pada kejadian 4.20 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 2:42 PM