ROZIAH Shafie (dua kiri) iaitu isteri Allahyarham Prof Madya Md Izuddin Ali berdoa di pusara suaminya dengan ditemani ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa. FOTO Aswadi Alias
Zaid Salim
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Jenazah Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof Izzi selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, di sini, 9 pagi ini.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada keluarga dan rakan hadir.

Kakak sulung arwah, Zaleha Hashim @ Ali, 55, berkata, jenazah tiba di rumahnya di Gong Badak, dekat Institut Latihan Perindustrian (ILP) pada 4.30 pagi.

Katanya, jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Pulau Rusa untuk disembahyangkan, pada kira-kira 8 pagi.

Arwah yang juga anak ketiga daripada empat beradik meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB, Kedah, 12.45 tengah hari semalam.

Zaleha berkata, Khamis lalu, dia mengunjungi adiknya di HSB dan ketika itu arwah kelihatan ceria dan sudah dibenarkan keluar.

"Saya sempat bergurau dan berjanji berjumpanya pada Aidilfitri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 1:41 PM