FOTO ihsan Facebook Prof Izzi
Norul Awatif Romli
awatifromli@hmetro.com.my


Alor Setar: Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi meninggal dunia pada 12.45 tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat angin ahmar.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter, Fadednv.

Dalam status yang dimuat naik menerusi laman Twitter itu, Fadednv turut meminta orang ramai supaya menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

Allahyarham adalah seorang bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan dilaporkan bersara sejak setahun lalu.

Selain itu, Allahyarham juga pernah popular suatu ketika dahulu dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ dan sering muncul menerusi radio Hot FM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 5:04 PM