KEADAAN kereta pemandu Uber yang dirosakkan sekumpulan pemandu teksi di KL Sentral.
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kepung dan pecahkan cermin kenderaan. Itu antara tindakan agresif sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang berang terhadap kemunculan pemandu perkhidmatan Uber di KL Sentral di sini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kumpulan itu dikatakan mengamuk dan merosakkan kereta model Perodua Myvi yang dikesan membawa pelancong asing.

Seorang wanita warga Iran bersama pasangannya yang menaiki kereta itu turut cedera di tangan selepas ditarik salah seorang kumpulan penyerang.

Sumber berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika pasangan warga asing terbabit tiba di KL Sentral dan menggunakan perkhidmatan Uber untuk menuju ke satu lokasi ditetapkan.

“Sebaik kereta pemandu Uber berkenaan tiba di KL Sentral, muncul beberapa teksi bertindak menghalang laluan kereta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 6:12 AM