RAE Won teruja lihat babak aksi dilakonkan Shin Hye dalam Doctors.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Bagi peminat drama bersiri dari Korea Selatan, tentunya nama Kim Rae Won dan Park Shin Hye tidak asing. Terbaru, dua bintang ini menghiasi malam anda menerusi drama terbaru, Doctors yang mula disiarkan di saluran One HD (Astro Beyond 393) jam 8.10 malam bermula 20 Jun lalu setiap Selasa dan Rabu.

Berkesempatan bertemu dengan dua bintang ini di Seoul baru-baru ini, pelbagai persoalan diajukan buat mereka dan kedua-duanya tidak lokek berkongsi kisah di sebalik Doctors serta pengalaman sepanjang bergelar anak seni.

Dalam Doctors, Shin Hye memegang peranan sebagai Yoo Hye Jung, gadis yang suka memberontak untuk mempertahankan dirinya.

Bercerita mengenai watak yang dipegangnya, Shin Hye mengakui dia berasa bimbang kerana ia kali pertama dia melakonkan aksi lasak untuk beberapa babak.

“Memang saya sedikit risau kerana ia kali pertama melakonkan watak aksi. Saya memang suka bersenam, jadi untuk adegan aksi sebegini saya jadikan sebagai cabaran baru buat diri saya sebagai pelakon.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 5:01 AM