Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Bakteria yang wujud di sekeliling kita menjadi satu kebimbangan terutama apabila ia berupaya menggugat pertumbuhan dan perkembangan kesihatan kanak-kanak.

Mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan kebersihan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan penularan penyakit dan jangkitan. Menerusi pembelajaran dan mengingatkan mengenai prinsip kebersihan yang betul mampu membantu mengekalkan kesihatan mereka.

Dalam amalan kebersihan peribadi, mencuci tangan dengan kerap sangat penting buat kanak-kanak. Mereka yang bersekolah lebih banyak meluangkan masa di luar rumah dan tidak berada di bawah pengawasan ibu bapa.

Mereka melakukan banyak aktiviti dan berinteraksi bersama ramai orang dalam pelbagai persekitaran. Justeru, mereka terdedah kepada bakteria berbahaya yang berkemungkinan mengundang sakit biasa seperti demam, selesema dan gastroenteritis serta jangkitan kulit dan mata.

Ramai ibu bapa khuatir sama ada anak mereka mencuci tangan dengan betul atau produk pembersihan yang digunakan benar-benar berkesan dalam menyingkirkan bakteria berbahaya.

Justeru, Carrie, jenama penjagaan peribadi premium kanak-kanak muncul dengan penyelesaian yang dapat menghapuskan kegusaran terbabit. Carrie Bac Buster ialah rangkaian mandian badan Super Antibakteria dan pencuci tangan super Antibakteria pertama dirumus khas untuk kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah yang masih dimandikan ibu bapa atau pengasuh, jaminan terhadap kebersihan si kecil lebih diyakini. Kanak-kanak yang lebih tua pula sudah berupaya mandi sendiri tetapi sering mandi dengan tergesa-gesa kerana mahu segera bermain dan melakukan aktiviti menghiburkan.

Jadi amat penting mendidik mereka untuk membersihkan diri dengan betul secara menyeluruh. Rangkaian produk ini menyingkirkan 99.9 peratus bakteria berbahaya dan bebas alkohol, sabun dan paraben serta terbukti secara klinikal selamat dan lembut untuk kulit kanak-kanak.

Ia turut mengandungi pelembap berasaskan tumbuh-tumbuhan yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit sambil memastikan kanak-kanak kekal dilindungi daripada bakteria berbahaya.

Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd Sriram Krishnamurthy berkata, Carrie Bac Buster ialah rangkaian produk penjagaan peribadi antibakteria pertama dirumus khusus untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.

Produk itu diperkenalkan bagi memastikan kanak-kanak kekal dilindungi daripada bakteria berbahaya sekali gus menjamin kesihatan mereka.

“Wipro Unza sentiasa menjalankan inovasi dan pembangunan produk agar ia sesuai dengan keperluan relevan ibu bapa masa kini.

“Kajian kami mendapati ibu bapa tidak hanya mahukan anak mereka kekal bersih, malah sentiasa dilindungi daripada bakteria berbahaya. Mereka juga menginginkan produk yang bersesuaian dengan kulit sensitif kanak-kanak.

“Rangkaian produk antibakteria Carrie memberikan jaminan kepada ibu bapa bahawa anak mereka akan sentiasa dilindungi daripada bakteria berbahaya sepanjang masa,” katanya.

Berikut tempat terdapat banyak bakteria:

1. Tombol, pemegang pintu dan selusur tangga

Tempat pembiakan paling biasa bagi kuman berbahaya dan bakteria. Ia mampu menjadi punca jangkitan seperti E-coli, Staphylococcus aureus, kulat dan virus.

2. Barang mainan

Ia jarang dibersihkan dan si kecil tidak menghiraukan mengenai kebersihan. Lalu menjadi tempat potensi pembiakan bakteria dan virus.

3. Troli pasar raya

Peluang penyebaran kuman adalah tinggi kerana ia sudah disentuh oleh beribu-ribu pengguna setiap hari. Kita tidak tahu berapa kerap kuman dibasmi dengan betul.

4. Gajet dan alat komunikasi

Kebiasaannya, ibu bapa membenarkan anak bermain gajet yang dikongsi dengan orang lain. Jika pengguna menyentuh tanpa membasuh tangan, bakteria akan merebak di kawasan permukaan skrin.

5. Duit

Kanak-kanak perlu diajar membasuh tangan selepas menerima wang kertas kerana ia berkemungkinan sudah bertukar tangan dan mengumpul lebih banyak bakteria daripada dijangka.

6. Butang alat kawalan jauh dan suis elektrik

Alat ini paling banyak digunakan tanpa membasuh tangan dengan kerap. Kajian dari Universiti of Virginia mendapati, ia berkemungkinan menjadi tempat rehat untuk rhinovirus iaitu kuman yang boleh menyebabkan selesema.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 1:54 PM